Powered by Blogger.
Latest Post

Tidak lagi dibenarkan menggunakan nama TuneTalk untuk nama khas Simkad ToneExcel

Written By Unknown on Wednesday, 26 February 2014 | 06:33


Selamat sejahtera rakan2 semua.

Saya mendapat pesanan daripada HQ, yang pesanannya datang daripada pengurusan Tune Talk sendiri. Seperti mana yang kita semua tahu, bahawa terdapat dua jenis simkad dipasaran sekarang ini, pertama adalah normal tunetalk simkad yang berharga RM5, dan yang kedua simkad toneexcel, atau pun yang kita sering panggil simkad tunetalk/toneexcel.

Disebabkan perkataan Tune Talk itu dikhaskan kepada name branding dan marketing simkad tune talk biasa tersebut, maka penggunaan kita selama ini dengan memanggil simkad tunetalk/toneexcel adalah kurang tepat. Selepas beberapa perbincangan peringkat tertinggi diantara TuneTalk dan ToneExcel, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan dengan segera dan saya minta rakan2, terutama web master, internet marketer, social media marketer, menghormati sepenuhnya segala bentuk persetujuan, terutama yang telah dijanjikan oleh Founder kita kepada CEO Tune Talk.

1. Tidak lagi dibenarkan menggunakan nama TuneTalk untuk nama khas Simkad ToneExcel atau pun Toneexcel Program.

a. Saya minta kita semua tidak lagi memanggil simkad kita dengan nama Simkad TuneTalk/ToneExcel, tetapi kita mulakan hari ini dengan panggilan Simkad ToneExcel sahaja.

b. program/bisnes kita. Contohnya kita panggil bisnes kita sebagai Bisnes TuneTalk/ToneExcel. Saya cadangkan kita panggil sahaja Program/Bisnes ToneExcel.

Kepada sesiapa yang memiliki blog, website, facebook, Youtube video perlu mengubah perkataan tersebut dengan kadar segera. (Saya pun kena bersihkan kesemua tersebut, maklumlah dalam website toneexcel.biz berapa banyak perkataan tersebut saya ulang2, video youtube saya pun sangat banyak dan saya perlu ubah semua).

2. Kesemua domain, url, website page title, video YouTube title, jangan ada perkataan TuneTalk, macam website saya tunetalk.ws , kena tukar domain kepada yang lain, tak boleh guna perkataan tunetalk disitu.

3. Page title, lihat website lama saya tunetalk.ws , paga title dia adalah "TuneTalk ToneExcel: Buat duit dengan handphone anda". Title yang sepatutnya adalah - contoh sahaja. "Simkad ToneExcel: Buat duit dengan handphone anda".

4. Social media marketer, seperti didalam facebook, sila gunakan perkataan ToneExcel sahaja lagi untuk merujuk kepada simkad ataupun bisnes, jangan gunakan panggilan simkad tunetalk/toneexcel atau 3TE lagi.

5. Youtube, minta kawan2 tolong setting video pada Privacy Setting, letakkan under Unlisted.

6. Yang dibenar menggunakan perkataaan TuneTalk adalah sebagai sumber penerangan sahaja seperti
a) Simkad ToneExcel ini menggunakan service provider daripada TuneTalk
b) empowered by TuneTalk
c) Jika anda ingin topup dikedai, jangan minta topup toneexcel tetapi minta topup tunetalk
d) apa2 sahaja yang didalam bentuk penerangan, tetapi bukan sebagai nama khas utk simkad atau program.

Oleh itu saya memohon kepada rakan2 untuk melaksanakan apa yang dipersetujui oleh pihak atasan kita ini. Pada sesetengah daripada kita ia amat membebankan, tetapi sebagai internet marketer yang tegar, sebagai pemegang prinsip "You can't find the company that can suit you, you need to suit yourself", sebagai pengusaha yang sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik kepada pihak pengurusan, walaupun nampak macam membebankan, tetapi saya yakin pasti ada kebaikkan utk kita diatas tindakkan ini. Kita hanya "Just Do It".

Tahniah dan Terima Kasih kepada ToneExcel dan TuneTalk diatas segala peluang yang diberikan. Untuk perkara diatas, no problem, we will support all the way till the endless.


Terima kasih kembali.

Mazelan Abas

Perkhidmatan No DEC Lama Akan Ditamatkan Mulai 1 Mac 2014 Harap Maklum!

Written By Unknown on Monday, 17 February 2014 | 21:11


Selamat sejahtera rakan-rakan, semoga sentiasa sihat adanya?

Dimaklumkan mulai 1/3/2014 perkhidmatan no DEC 014-705 7769 akan ditamatkan dan digantikan dengan no DEC yang baru 0111-546-1301. Harap amirulyaacob dapat SAVE kan no ini didalam handphone anda.

Terima kasih kembali.

Mazelan Abas

Apa Yang Diperolehi Dalam Tune Talk Selama 3 Tahun

Written By Unknown on Sunday, 16 February 2014 | 21:37


Salamat sejahtera rakan-rakan semua, semoga sentiasa sihat bersama keluarga?

Pada bulan July 2013, cukup 3 tahun pembabitan saya di dalam perniagaan Tune Talk / Tone Excel. Dari satu peringkat ke satu peringkat target yang saya letakkan didalam perniagaan ini, ada yang dapat dan ada yang tak dapat, tetapi kalau tak dapat sepenuhnya pun ia tetap dapat walau pun sebahagian.

Kesimpulannya, apa yang saya dapat dalam 3 tahun ini dengan bermodalkan RM80, saya mendapat pencen bulanan melebihi RM30,000 setiap bulan, saya dapat beli kereta buruk BMW dengan harga tunai.

Dan apakah target seterusnya didalam perniagaan tunetalk toneexcel ini. Saya letak target untuk dapatkan pencen setiap bulan RM50,000.00. Dapat ke tidak, saya tak tahu, yang saya tahu, saya hanya perlu berusaha kearah itu. InsyaAllah, kalau umur panjang, tahun ke-4 nanti iaitu bulan July 2014, saya akan buat laporan seperti ini lagi kepada rakan-rakan semua

Jika anda tanya saya, seronok ke dapat pencen lebih RM30,000 tiap2 bulan, jawapannya, sangat seronok. Tiap2 bulan saya boleh menyimpan RM10,000 ke RM15,000 dan selebihnya saya buatlah apa sahaja perkara yang saya suka. Kerana bila duit tu habis, nanti 21hb ToneExcel akan masukkan lagi, sebanyak itu, malah mungkin lebih lagi. Inilah kehidupan tak perlu bekerja tapi duit masuk tiap-tiap bulan.

Jika anda tanya saya, mudah ke nak dapat pendapatan sebanyak tu setiap bulan dalam tunetalk/toneexcel ini, jawapannya, bergantung kepada diri masing-masing. Macamana mahu mendapat pencen yang banyak dalam bisnes ini? Saya akan kata, Sponsor 300 orang pada level 1 dalam tempoh 2 tahun. Jadi akan tanya diri sendiri, susah ke senang nak sponsor 300 orang dalam tempoh 2 tahun, kalau anda rasa senang, senanglah dia, kalau anda rasa susah, susah la dia. Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Jika anda tanya apa lagi yang saya perolehi selepas 3 tahun dalam bisnes ini? Saya akan jawab, selepas berpenat lelah sponsor orang siang dan malam, pagi dan petang selama 2 tahun, level pertama saya lebih kurang 300 orang, selepas itu, tak payah buat kerja lagi, tiap-tiap bulan saya dapat komisyen dari hasil topup rangkaian saya. 2 tahun saya penat buat kerja, ada yang mengutuk dan ada yang menghina, ada yang memandang lekeh ada yang tidak indahkan langsung, tetapi usaha tetap usaha, jalan tetap jalan, promote tetap promote dan sekarang, saya sedang menikmati hasil penat lelah tesebut. Saya tak tahu berapa lama saya boleh menikmati hasil kerja 2 tahun tersebut, mungkin 10 tahun, mungkin 20 tahun, mungkin 30 tahun, tetapi yang pasti sekarang ini saya sedang menikmatinya.

Jika ada yang tanya apa lagi kelebihan yang diperolehi selepas penat bekerja selama 2 tahun ? Saya akan kata, walau pun saya berhenti menaja ketika ini, tetapi komisyen bulanan saya semakin naik, bulan Mac 2013, jumlah komisyen yang diperolehi lebih kurang RM25,000, tetapi pada bulan April2013 sahaja, jumlah komisyen yang diperolehi lebih kurang RM33,000. Mana ada dalam dunia ini, kita tak bekerja gaji boleh naik sampai RM8,000. Dalam dunia kerja, kalau tak kerja, tak dapat gaji, tetapi ini, tak kerja dapat pencen, dan pencennya pula tiap2 bulan naik. Secara jujur, memang saya tak pernah terfikir ianya akan berlaku dalam bisnes ToneExcel ini. Waktu ini, jika anda nak tahan duit jangan masuk pun dah jadi tak boleh, ia akan berlaku juga.

Jika ada yang tanya lagi, apa yang saya perolehi kerana kerja kuat2 macam orang bodoh selama 2 tahun dulu dalam toneexcel ini? Saya akan katakan, saya tiada harta yang banyak untuk ditinggalkan kepada isteri dan anak2. Saya akan lebih bersalah jika saya meninggal hari ini, esok-esok keluarga saya merempat kerana kemiskinan, mereka hidup susah dan mula berhutang sana sini. Cuma sekarang saya boleh tersenyum sedikit, kerana jika saya meninggal hari ini, kesemua komisyen topup yang saya perolehi didalam ToneExcel ini akan dipindahkan pula kepada isteri saya. Dia pula akan dapat komisyen tersebut 100% setiap bulan. Sekurang2nya keluarga saya terjamin sedikit dari segi kewangan. Mereka tak perlu kerja pun akan dapat komisyen setiap bulan pada 21hb. Mudah2an mereka akan gembira dan berkata "Tak sia-sia usaha, keringat dan titik peluh abah berpenat lelah selama 2 tahun dahulu dalam bisnes tunetalk/toneexcel ini semasa hayat dia, sekarang kita tumpang senang"

Saya amat bersyukur kerana diberikan segala macam nikmat didunia.

Yang pasti nikmat tersebut telah pun diletakkan didalam dunia ini, hanya menunggu diambil oleh mereka yang berusaha, fokus dan konsisten didalam usaha mereka sendiri.

Terima kasih kembali.

Mazelan Abas

Buatlah Bisnes Ini Betul-Betul Selama 2 Tahun.

Salam sejahtera rakan-rakan semua, apa khabar hari ini?

Makin hari toneexcel makin dewasa, toneexcel semakin matang dan toneexcel semakin kukuh. ToneExcel telah menghasilkan ramai daripada kita yang mempunyai pendapatan beribu ringgit setiap bulan. Ia bukan satu rahsia lagi. Malah saya pernah mendengar seorang top gun berkata, tidak mustahil suatu hari nanti ToneExcel akan menjadi peneraju utama dalam bidan telekominukasi di Malaysia ini. Saya harap apa yang dia ucapkan akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Syukur pada Tuhan.

Saya sekarang pun, walau pun kurang menaja, pendapatan tetap naik setiap bulan, dan saya sering, apabila berjumpa saudara mara atau rakan-rakan, saya hanya beritahu mereka, jika ingin dapat pendapatan untuk tambah-tambah duit gaji, buatlah bisnes tunetalk/toneexcel, tapi kalau gaji dah cukup, tiada masalah kewangan lagi, tak perlulah buat bisnes ini.

Tapi ada juga rakan-rakan yang apabila saya kata buatlah bisnes ni betul-betul selama 2 tahun, lepas tu lihat sendiri hasilnya dan beritahu kemudian samada nasihat tu betul atau tidak, mereka tanya saya balik, macamana "buat betul-betul tu En Mazelan", apa yang perlu saya buat? bagus juga soalan tu.

Disini saya boleh cadangkan bagaimana cara "buat betul-betul" pada pandangan saya.

1. Ambil sehelai kerta kosong, tuliskan nama dan no phone SEMUA saudara mara, sahabat handai, kawan2 yang kenal sikit2, jiran-jiran, rakan sekerja, rakan sekolah, rakan sepermainan, siapa sahaja yang ada kenal, tak kira dia jawatan besar ke, jawatan kecil ke, senaraikan sahaja dalam kertas anda tadi.

2. Cuba call mereka dan buat temu janji, dekat rumah dia ke, dekat kedai kopi ke, dekat rumah anda ke, tak kira, asalkan dapat buat temu janji untuk anda tawarkan satu peluang perniagaan yang sangat-sangat besar.

3. Bila dah dapat buat temu janji, pastikan sebelum anda keluar tu, mesti ada beberapa keping simkad ToneExcel didalam poket. Apabila anda berjumpa mereka, keluarkan sekeping kertas kosong, terangkan dengan penuh semngat kelebihan menggunakan simkad toneExcel, seperti insuran, point tiket kapal tebang dan terakhir peluang menjana pendapatan sampingan diatas kertas tersebut.

4. Jika mereka berminat, minta terus RM80, berikan simkad dan ajarkan mereka cara SMS menggunakan Handphone mereka sendiri, biarkan mereka terasa senang untuk menjalankan bisnes ini.

5. Bila dah selesai dan anda ingin pulang, jangan lupa tinggalkan kertas yang anda gunakan untuk penerangan tadi kepada rakan anda tersebut, dan pastikan pada kertas itu ada tertulis no ID anda dan no handphone anda.

Jika anda boleh buat satu appointment setiap malam, buatlah macam ini selama 2 tahun, insyaAllah, hasilnya saya pasti anda sendiri tidak terjangkau untuk difikirkan. Bagi saya itulah maksud "buatlah bisnes ini betul-betul selama 2 tahun".

Semoga ia boleh jadi panduan kepada sesiapa yang ingin mencapai kebebasan kewangan didalam kehidupan mereka.

Saya yakin sahabat, anda boleh berjaya dalam bisnes ini.


Terima kasih kembali.

Mazelan Abas

Perkembangan Terbaru DEC

Written By Unknown on Wednesday, 12 February 2014 | 19:52


Selamat sejahtera, semoga sentiasa sihat adanya?

Satu lagi usaha penambahbaikan yang mudah2an memberi kesan positif kepada proses pendaftaran kita adalah:

1) Saya buka satu lagi nombor tambahan ( 0111-546 1301 ) untuk rakan2 membuat pendaftaran terus kedalam server, TANPA tanpa melalui incoming check oleh DEC lagi. Tetapi perlu diingat, no ini hanyalah untuk rakan2 kita yang dah biasa membuat pendaftaran sebelum ini, kalau belum biasa atau masih kali pertama, pastikan sebelum anda menghantar SMS tersebut, minta upline TOLONG CHECKKAN terlebih dahulu. Jika pendaftaran anda salah, atau tidak mengikut format pendaftaran SMS, server akan reject, beritahu anda, dan anda perlu hantar lagi dan lagi sehingga memenuhi format SMS yang dibenarkan.

No pendaftaran lama (014) masih boleh digunakan macam biasa, kerana bukan semua ada fb/internet dan boleh baca maklumat ini, mungkin mereka hanya bergerak menggunakan buku panduan.

2) Jika rakan2 nak check status pendaftaran, status port in, atau terlupa no id yg telah diregisterkan, sila masukkan no simkad anda kedalam website ini
http://tunetalk.ws/status


Cara ini masih dalam percubaan lagi, jika ada yang perlu diperbaiki silalah anda berikan cadangan dan kita sama2 perbaikinya.

Terima kasih kembali.

Mazelan Abas

Bagaimana Mengurangkan Sikap Berlengah?



“Sekiranya saya mampu mengikis sikap berlengah-lengah dari dalam diri saya, mungkin saya sudah capai banyak perkara sekarang.” Dialog ini seringkali kita dengar dimana-mana sahaja.  Kerja di pejabat masih tak siap-siap kerana terlalu banyak mesyuarat, stor di rumah masih belum dibersihkan, kekasih hati yang merajuk masih belum dipujuk.


Punca Sikap Berlengah

Memang tabii manusia tidak suka berubah sehingga sesetengah syarikat besar terpaksa membuka satu unit “Change Management” untuk mengubah haluan syarikat mengikut aliran semasa. Banyak juga perceraian berlaku kerana suami atau isteri yang “masih tidak berubah” atau “tidak mahu berubah”.

Jika kita kaji semula, sikap berlengah ini datang apabila satu perubahan diperlukan. Contohnya, kerja pejabat yang bertimbun-timbun, stor rumah yang kotor dan kekasih hati yang merajuk. Kita perlu mengubah sedikit cara bekerja,mengurangkan masa rehat di rumah dan meluangkan lebih masa dengan kekasih hati. Jika semua ini dilakukan, ketiga-tiga masalah ini pasti akan selesai.


Bagaimana Untuk Membuang Sikap Berlengah-Lengah

Senaraikan apa yang anda mahu capai dan bila. Jika anda mahu menyiapkan kerja yang banyak di pejabat, nyatakan bila tarikh dan waktu terakhir kerja-kerja ini perlu dibuat.

Disiplinkan diri anda untuk menyiapkan semuanya dalam waktu yang anda telah dirancang.

Jika semuanya siap dalam tempoh yang dirancang, berikan diri anda sedikit ganjaran seperti menonton wayang atau makan di restoran kegemaran anda. Raikan kejayaan anda walaupun sedikit. Lama-kelamaan minda anda akan mula biasa dengan corak tabiat ini dan sikap berlengah-lengah ini akan hilang secara automatik

Latih dan Disiplinkan Diri Anda Mulai Hari Ini..

Jangan berlengah lagi, kikis sikap suka berlengah-lengah itu hari ini. Mulakan dengan sesuatu yang mudah seperti basuh cawan anda sebaik anda habis minum atau kemaskan katil anda sebaik sahaja anda bangun dari tidur. Hidup anda akan lebih ceria nanti.

Nombor Tambahan Untuk Pendaftaran Terus Ke Sever!


Salam sejahtera rakan-rakan semua, satu lagi usaha penambahbaikan yang mudah-mudahan memberi kesan positif kepada proses pendaftaran kita adalah:

Saya buka satu lagi nombor tambahan ( 0111-546 1301 ) untuk rakan-rakan membuat pendaftaran terus kedalam server, TANPA tanpa melalui incoming check oleh DEC lagi.

Tetapi perlu diingat, no ini hanyalah untuk rakan-rakan kita yang dah biasa membuat pendaftaran sebelum ini, kalau belum biasa atau masih kali pertama, pastikan sebelum anda menghantar SMS tersebut, minta upline TOLONG CHECKKAN terlebih dahulu.

Jika pendaftaran anda salah, atau tidak mengikut format pendaftaran SMS, server akan reject dan beritahu anda, dan anda perlu hantar lagi dan lagi sehingga memenuhi format SMS yang dibenarkan. Cara ini masih dalam percubaan lagi, jika ada yang perlu diperbaiki silalah rakan-rakan berikan cadangan dan kita sama-sama perbaikinya.

No pendaftaran lama (014) masih boleh digunakan macam biasa, kerana bukan semua ada fb/internet dan boleh baca maklumat ini, mungkin mereka hanya bergerak menggunakan buku panduan. Terima Kasih

Semak Status Pendaftaran Anda Disini!


Salam sejahtera rakan-rakan semua, jika rakan-rakan nak check status pendaftaran, atau terlupa no id yang telah diregisterkan, sila masukkan no simkad anda kedalam website ini http://tunetalk.ws/status

Tune Talk-AirAsia Livery Launch, 16th January 2014

Written By Unknown on Thursday, 6 February 2014 | 09:20

In Conjunction of 5 Years Celebration! 


Tuan Mazelan Abas Ikon Jutawan TTTE



YB Khairy Jamaluddin, Minister Youth and Sports with Neillson Tong, Founder of Tone Group.
 


Mr. Eric Chong, Celcom with Neillson Tong, Founder of Tone Group


Top Leader Tune Group

Q & A for the VIPs.


Aireen Omar, CEO of Air Asia with Lina Chew, Director of Tone Group.



Jason Lo, CEO of Tune Talk with Mazelan Abas, Tone Excel Branch.


Kisah Tuan Mazelan Abas - Dulu Punya Cerita


Baru-baru saya ada minum kopi disebuah warung sambil bersembang-sembang dengan rakan-rakan toneexcel ini. Ada seorang sahabat tanya, macamana saya bermula dan apakah nasihat dan petua untuk berjaya dalam toneexcel ini.

Saya kata, saya belum boleh dikira berjaya dan belum boleh nasihat, cuma boleh berkongsi pandangan dan beberapa perkara yang saya buat dan nampaknya menjadi ASAS kemajuan saya dalam toneexcel ini.

Disini saya kongsikan perkara yang saya buat awal-awal dahulu dan nampaknya dia menjadi asas yang kukuh. Perkara yang saya kongsikan ini jangan rakan2 ikut, tetapi saya rasa elok fikirkan, untung-untung ada kebaikkan didalamnya.

1) Semasa saya mula-mula join dahulu, terus terang saya tak tahu yang nombor lama boleh port in, jadi bila saya join sahaja bisnes toneexcel ini, saya terus ambil simkad maxis yang sudah hampir 10 tahun saya pakai, saya terus keluarkan dan gantikan dengan simkad tunetalk. Orang rumah saya terkejut, dia kata tak susah ke nanti, orang nak contact payah, kita pula nak contact orang payah, nombor sekelip mata terus bertukar, saya hanya jawab "Kalau nak buat bisnes, buat betul-betul, jangan buat main-main, kalau nak bisnes tunetalk, kena pakai tunetalk sahaja, saya tak akan pakai talian yang lain". Betul juga, kalau kita berniaga jual kueh pada orang, tapi bila nak makan kueh kita beli kueh dikedai sebelah... tak logik dan tak mungkin perniagaan kita akan berjaya. Saya rasa prinsip Pakai Satu Line Sahaja sangat membantu saya kekal dalam bisnes ini dan terus maju bersamanya.

2) Kalau dulu saya bayar bil/ topup dalam maxis lebih kurang RM120 setiap bulan, maka sekarang dalam tunetalk, saya topup pun sama RM120. Dengan join tunetalk ini, saya tidak terasa meningkatkan beban saya. "Topup handphone kita seperti mana kita topup/bayar bil sebelum ini". Satu lagi prinsip yang banyak membantu saya untuk maju dalam bisnes ini. Ada orang pernah komplain pada saya, dia punya komisyen dalam toneexcel sangat slow, sikit sangat, saya tanya dia, tiap2 bulan dia topup berapa? Dia kata, dia topup RM20 sahaja, kerana itukan syarat minima untuk dapat komisyen, saya tanya lagi, ada pakai handphone lain tak? Dia kata ada, pakai celcom, saya tanya celcom topup berapa? dalam RM70. Saya kata sebab itu, dia dapat komisyen sikit, pertama, kerana dia tak hormat dan tak percaya kepada bisnes dia sendiri, dia punya bisnes adalah TuneTalk, tapi pakai handphone lain, kedua, secara tak langsung dia telah pindahkan kefahaman dia tentang bisnes ini kepada downline dia, maka semua downline dia pun topup RM20, maka komisyen dia pun sikit. Selepas beberapa bulan, downline dia pun give up, tak mahu promote lagi, dan komisyen dia bertambah sikit, itulah akibatnya. Prinsip yang saya rasa sangat betul adalah "Topup handphone kita seperti mana kita topup/bayar bil sebelum ini".

3) "Buatlah betul-betul sekurang-kurangnya 2 tahun"

Itulah 3 prinsip yang saya pegang betul2 selama ini, saya sekadar berkongsi, mana yang anda rasa baik boleh ikut, yang tak betul tu tinggalkan sahaja.

Terima kasih kembali.

Mazelan Abas.

HQ Akan Kehabisan Stok Simkad Kerana Pembelian Yang Luar Biasa?


Salam sejahtera rakan-rakan semua, disebabkan pembelian simkad yang diluar jangkaan, dan order baru kilang tak sempat nak buat sebelum CNY, dijangkakan HQ akan kehabisan simkad pada hari jumaat ini, dan dijangkakan order baru hanya akan sampai pada 18/2/2014 ini, jadi rancang sebaiknya untuk rakan-rakan semua semasa membuat promosi dalam tempoh tersebut. 

Terima Kasih
Mazelan Abas

Cari Kunci Motivasi Diri Anda



Oleh : Elzara Hariri

Terdapat banyak penulis buku motivasi yang menulis daripada sudut yang berbeza-beza. Mereka memberi penerangan melalui pengalaman dan pembacaan  untuk membantu memberi motivasi kepada pembaca-pembaca mereka. Mereka menceritakan kunci kejayaan mereka dan menjadi inspirasi kepada orang di sekeliling mereka.

Berikut adalah antara kunci motivasi beberapa orang yang saya kenali:

1. Peristiwa silam yang menyedihkan

Peristiwa silam yang menyedihkan seperti kematian ibu bapa pada usia muda kadangkala menyebabkan si anak mahu berusaha bersungguh-sungguh kerana dia tahu dia tidak mempunyai tempat untuk bergantung. Ada juga yang pernah berada dalam keadaan miskin tegar dan tidak mahu lagi kembali ke situasi itu, meyebabkan dia berusaha lebih keras agar tidak jatuh.

2. Melihat kejayaan orang lain

Kadangkala melihat kejayaan orang lain memberikan inspirasi kepada seseorang untuk megikut jejak langkah orang itu untuk menempa kejayaan yang sama.

3. Amanat orang tersayang

Amanat orang tersayang seperti ibu, bapa, suami, isteri atau kekasih mampu menyuntik semangat yang membara ke dalam diri seseorang. Kerapkali kita melihat dalam filem seorang gadis memberi sapu tangan sebagai tanda ingatan kepada teman lelakinya ketika berjuang mendapatkan sesuatu.

4. Mahu mencapai sesuatu yang lebih baik dalam hidup

Ada juga yang mendapat motivasi untuk melakukan sesuatu kerana mereka mahu mencapai sesuatu yang lebih baik dalam hidup. Orang begini selalunya suka mencari kemajuan dalam hidup, sentiasa mencari peluang dan cabaran baru. Mereka juga selalunya mempunyai taraf hidup yang lebih baik daripada orang lain.

Kunci motivasi diri saya pula adalah untuk menjadi diri saya yang lebih baik setiap hari. Saya suka bertanding dengan diri saya sendiri. Saya suka mencabar diri saya sendiri untuk menjadi lebih baik dalam kerja-kerja yang saya lakukan. Untuk lebih memberikan motivasi kepada diri saya sendiri, saya suka membaca buku-buku yang ditulis oleh orang-orang yang telah mencapai kejayaan dan menghadiri beberapa persidangan tertentu. Setiap kali saya habis membaca buku atau menghadiri persidangan, tahap motivasi saya menjadi lebih tinggi dan saya boleh menangani cabaran yang lebih besar dalam hidup saya.

Bagaimana pula dengan anda?

Apakah kunci motivasi anda?

Merealisasikan Cita-Cita Anda

Written By Unknown on Wednesday, 5 February 2014 | 08:00



Oleh : Elzara Hariri

Setiap orang mempunyai cita-cita masing-masing. Jika anda seorang pekerja, cita-cita anda mungkin mahu mendapat gaji yang lebih tinggi pada tahun hadapan. Jika anda seorang penuntut, mungkin anda mahu mendapat markah yang tertinggi dalam ujian akan datang. Jika anda pula seorang suri rumahtangga, mungkin anda mahu membina satu perniagaan sambilan di rumah seperti perniagaan online. Setiap orang mempunyai hak untuk membina cita-cita dan berusaha untuk mencapainya.

Seperti melakukan kerja-kerja lain, mencapai cita-cita juga mempunyai prosesnya yang tersendiri  Berikut adalah panduan daripada beberapa buah buku yang saya pernah baca.

1. Ketahui apa yang benar-benar anda mahukan

Banyak kali anda melihat seseorang yang telah berjaya dan anda mahu menjadi 100% seperti orang itu. Anda buat semua yang dia lakukan, kadangkala berjaya dan kadangkala tidak.

Setiap manusia melalui pengalaman hidup yang berbeza-beza yang mencorakkan motivasi dalaman mereka sendiri. Tidak ada dua manusia yang sama di muka bumi ini daripada segi motivasi dalaman, walaupun mereka datang daripada perut ibu yang sama.

Pertama sekali anda harus bertanya kepada diri anda sendiri apa yang anda benar-benar mahukan dalam mengejar cita-cita anda ; Wang lebih? Kepuasan bekerja? Tahap tertinggi dalam kerjaya anda? Mengisi masa lapang? Kenali motivasi dalaman anda sendiri dan jangan meniru motivasi orang lain secara membuta-tuli. Kesedaran ini akan membuatkan anda lebih fokus kepada cita-cita anda nanti.

2. Yakinkan diri bahawa anda layak mencapai cita-cita ini

Jika anda mempunyai cita-cita tetapi anda rasa anda tidak layak atau tidak mungkin akan berjaya mencapai cita-cita tersebut, itulah yang akan terjadi akhirnya. Anda tidak akan berjaya mencapai cita-cita tersebut.

Kenali apa yang menyebabkan anda mempunyai perasaan sedemikian. Jika ada kawan-kawan atau orang terdekat yang sentiasa membuatkan anda mempunyai perasaan sebegitu, kurangkan sedikit masa bersama mereka. Jika anda rasa anda tidak yakin kerana kekurangan masa, susun semula hidup anda agar anda mempunyai masa yang cukup untuk melakukan apa yang perlu untuk mencapai cita-cita anda.

3. Hilangkan perasaan takut

Dalam mengejar cita-cita rasa takut akan sentiasa menghantui anda. Takut kerana tidak cukup ilmu untuk bertanding, takut kerana orang di sekeliling mungkin tidak bersetuju dengan tindakan anda, takut membat kesilapan. Semua perasaan ini akan sentiasa bermain-main di minda anda. Katakan tidak kepada perasaan takut ini. Lakukan apa yang perlu untuk meyakinkan diri anda bahawa anda boleh mencapai cita-cita anda ini. Jika anda rasa anda tidak cukup ilmu, pergi ke perpustakaan dan baca buku-buku yang perlu untuk menambah pengetahuan anda. Jika anda taku membuat kesilapan yang akan membawa kerugian, luangkan masa untuk membuat lebih kajian mengenai cita-cita anda itu.

4. Sertai komuniti yang mempunyai cita-cita yang sama

Mempunyai kenalan yang mempunyai minat dan cita-cita yang sama akan memudahkan anda untuk mencapai cita-cita anda itu. Maklumat dan pengalaman boleh dikongsi bersama dan anda akan menjadi lebih yakin untuk mencapai cita-cita anda.

5. Rancang tindakan anda dengan teliti

Perancangan teliti amat penting dalam semua kerja yang kita lakukan. Perancangan yang teliti dan jelas akan lebih meyakinkan diri anda untuk mencapai cita-cita anda tersebut. Anda juga akan dapat mengetahui kekangan-kekangan yang mungkin timbul lebih awal supaya anda lebih bersedia menghadapinya nanti.

Perancangan yang teliti dan jelas juga akan membuatkan orang lain lebih yakin dengan cita-cita anda. Ini juga akam memudahkan orang lain untuk membantu anda untuk mencapai apa yang anda impikan.

6. Disiplin

Paling penting adalah disiplin. Walau sebaik manapun rancangan anda, jika anda tidak mempunyai disiplin untuk melakukan apa yang perlu untuk mencapai cita-cita anda, ia akan terkubur sahaja nanti.

Kenali minyak pelincir apa yang diperlukan untuk mengekalkan momentum kerja anda. Mungkin anda perlu membaca tulisan-tulisan motivasi. Mungkin juga anda perlu bertemu dengan orang yang anda kasihi setiap minggu untuk mengekalkan prestasi kerja anda setiap masa.

Update Terkini 4 Febuari 2014

Written By Unknown on Tuesday, 4 February 2014 | 02:31


Update terkini:
1) DEC sudah ada 15 staffs, tetapi disebabkan pendaftaran semakin naik setiap hari, hari ini dan esok agak sibuk dengan aktiviti temuduga, DEC akan cuba mendapatkan tambahan 10 orang staff baru lagi. Sementara itu harap bersabar jika berlaku kelambatan dalam pendaftaran.

2) Baru-baru ini, saya dapat beberapa complain yang mengatakan DEC mengambil duit dalam bank ahli baru ToneExcel, kerana semasa pendaftaran ad, mereka sertakan nama bank dan no akaun sekali. Malahan ada yang buat polis report mengatakan DEC mengambil duit mereka dalam bank. Saya pun tak tahu, hanya dengan tahu no akaun seseorang macamana kita boleh ambil duit orang lain dalam akaun. Macam-macam dunia sekarang. Tujuan saya minta masukkan maklumat bank supaya senang untuk orang-orang yang tak tahu menggunakan komputer, bantu mereka untuk update dalam member area, supaya bila HQ bayar komisyen, bolehlah mereka dapat komisyen, tak perlu nak fikir update bank info, tapi bila dah jadi macam ni, saya minta semua belajar masuk member area dan update sendiri maklumat bank. Selepas ini DEC tidak akan update maklumat bank lagi, jadi dengan sendirinya code bn tidak valid lagi. Aduhai, nak tolong salah, tak tolong salah.

3) Dalam masa terdekat (dua, atau tiga hari lagi) saya akan siapkan satu website untuk kita semua check status pendaftaran, samada diterima, atau dah siap, atau ditolak dan hantar semula, semua itu akan dimudahkan hanya check melalui website sahaja, tak perlu nak call DEC lagi untuk check pendaftaran.

4) Dalam tempoh seminggu lagi, satu lagi web untuk check status kekal no lama akan saya buatkan, jadi tak perlu call DEC utk tahu status pengekalan no lama lagi.

*DEC - Data Entry Center


Terima Kasih
 Mazelan Abas

Cukupkah RM1,500



Kalau sewa rumah di kawasan di mana saya tinggal ini pun melebihi RM1,000 sebulan, saya rasa anda pun tahu jawapannya.

Yang disenaraikan di dalam imej ini adalah bahan-bahan keperluan untuk hidup.

Andainya ada di dalam keperluan tersebut boleh dijadikan aset untuk membina pendapatan, saya amat sarankan keperluan tersebut dijadikan punca pendapatan anda.

Dengan cara ini, anda tak perlu berbelanja lebih untuk menghasilkan pendapatan tambahan kerana perbelanjaan tersebut sudah pun termasuk di dalam perkara yang mesti dibelanjakan setiap bulan.

Itulah sebabnya saya jadikan telefon saya sebagai sumber pendapatan pasif saya. Saya memang kena belanja di antara RM100 - RM150 setiap bulan untuk langganan telefon.

Daripada berbangga menggunakan servis C dan tak dapat apa-apa benefit, lebih baik saya bertukar kepada Tune Talk Tone Excel. Ternyata, ianya berbaloi sebab pendapatan saya sekarang sudah melebihi apa yang saya belanjakan untuk talian telefon saya. Dan, tak ada perubahan gaya hidup atau bebanan baru pun untuk saya capai pendapatan sebegini yang sudah melebihi RM900++ (dan akan meningkat) setiap bulan.

Mission accomplised.

Sekarang, fikir-fikirlah wahai kawan-kawanku.

www.Rezekisimkad.com

PS. sekiranya isi minyak pun ada program seperti Tune Talk Tone Excel, saya pasti sertainya walaupun harganya 20 sen lebih mahal.

Wakil Sahabat Negeri Terengganu

Written By Unknown on Monday, 3 February 2014 | 09:25


Sahabat Semua Boleh Berhubung dengan Wakil Sahabat Negeri Terengganu berikut Bagi Mendapatkan Simkad serta Maklumat berkaitan dengan Program TTTE ini.

Peringatan:
Sila call dahulu untuk membuat temu janji sekiranya anda ingin membeli simkad daripada Wakil Sahabat Negeri dibawah ini.


Kuala Terengganu

Mat Yaacob Bin Seman
(Bilal Masjid Padang Nenas)
No 41 Taman desa Permai,
Kg Padang Nenas, 
Batu Rakit,
21030 Kuala Terengganu
No Tel : 0199968825 /096699433
IDP : 196351

Wakil Sahabat Negeri Sabah


Sahabat Semua Boleh Berhubung dengan Wakil Sahabat Negeri Sabah berikut Bagi Mendapatkan Simkad serta Maklumat berkaitan dengan Program TTTE ini.

Peringatan:
Sila call dahulu untuk membuat temu janji sekiranya anda ingin membeli simkad daripada Wakil Sahabat Negeri dibawah ini.


Beauford
Azizah Junaidi,
peti surat 323,
89808 beaufort ,
Sabah
No Tel : 011-18689662
IDP : 250267 



Untung BESAR vs Untung Kecil



Ramai yang nak sangat untung BESAR bila untung kecil pun tak nampak lagi.

Di internet, ianya seumpama mencuba menjadi TOP AFFILIATE bila pendapatan pertama melalui jualan produk digital pun belum diperolehi.

Cuba latih diri kita untuk faham nilai "delayed gratification".

"Buat, buat, buat dahulu... untung, untung, untung kemudian." (Wah! Boleh trademark ni)

InsyaAllah, kerja mencapai untung BESAR tersebut akan menjadi lebih mudah dengan hanya mengumpul untung-untung kecil.


Laporan perkembangan TTTE bulan January 2014


Assalamualaikum sahabat semua, semoga dalam pelindungan Allah selalu amin...

Hari ni saya nak kongsi satu maklumat yang cukup penting dan menjadi bukti bahawa program TuneTalk Tone Excel (TTTE) ni bukan sekadar program "hangat-hangat tahi ayam" atau program "Cendawan" yang tumbuh hanya selepas hujan dan hilang atau mati selepas dari itu..

Program TTTE ini sudah masuk tahun keempat dan satu-satunya program yang tidak pernah gagal membayar komisyen buat ahli-ahlinya.

Carta diatas adalah salah satu bukti bahawa program ini sudah mula membuka mata ramai orang  dengan keahlian bertambah dari setiap bulan dan diluar jangkaan.

Laporan perkembangan TTTE bulan January 2014:

Jumlah pendaftaran : 42,074 sebulan
Purata Pendaftaran : 1,357 sehari

Perbandingan Bulan Lepas:
Jumlah pendaftaran Dec13 : 29,248 sebulan
Purata Pendaftaran Dec13 : 943 sehari

Perbandingan Tahun Lepas:
Jumlah pendaftaran Jan13 : 1,484 sebulan
Purata Pendaftaran Jan13 : 48 sehari

Jangan tunggu lagi jom jadi sebahagian dari kami

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI SIMKAD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger