Bina FB Group anda sendiri untuk memasarkan Tone Excel di dalam group tersebut.
Group tersebut bukannya bertujuan untuk promosi semata-mata tetapi untuk membina kepercayaan prospek kepada anda.
Jadi, anda perlu tambah elemen-elemen seperti kisah peribadi, kisah bisnes anda dan perkara-perkara santai lain yang membuatkan ahli di dalam group anda mula mengenali anda dan senang untuk buat bisnes dengan anda.
Anda boleh juga kemaskini perkembangan terkini anda di dalam Tone Excel atau kongsikan berita-berita kejayaan di dalamnya.
Kaedah spam iklan merata-rata tidak akan memberikan kesan jangka masa panjang yang berkekalan. Oleh itu, lakukan dengan kesabaran, berterusan dan bijaksana kerana anda tahu bisnes Tone Excel ini adalah untuk jangka masa panjang.
Buat Aje!


Post a Comment