Dalam perniagaan , perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah melakukan promosi dan membuat skrip iklan jualan .Tetapi semasa kita membuat cubaan pertama .. respon dari pelanggan dan prospek amatlah kurang .
Apakah masalahnya ? ... ayat dah power tapi tak ada respon .. kita pula berkerut dahi nak meramaikan rakan niaga Tune Talk Tone Excel .
Berikut adalah cara - cara yang boleh digunakan :
1. Jangan menjual tapi berkongsi cerita
Masalah utama perniagaan ialah membuat promosi . Di dalam Facebook , kita harus menggunakan kaedah berkongsi bukannya menjual kerana Facebook adalah media sosial dan perkongsian adalah satu cara kita bersosial . Cara yang paling baik untuk berkongsi adalah dengan memberi satu E-book PERCUMA kepada prospek anda .
2. Grafik yang power dan berpengaruh
80% iklan yang berjaya terletak pada kualiti grafik . Grafik yang biasa - biasa akan menghasilkan respon yang biasa - biasa tetapi grafik yang luar biasa akan menghasilkan respon yang huru - hara . Jadi laburkan sedikit wang untuk pereka grafik berpengalaman , jadikan Timeline Facebook anda seperti Jutawan TTTE
3. Skrip jualan yang teratur dan mudah dibaca
Seni membuat skrip jualan bukan setakat membuat ayat yang power tetapi formatnya juga perlu betul . Salah satu kesalahan utama membuat skrip jualan ialah tidak ada perenggan dan ayat ditulis penuh rapat - rapat . Untuk memudahkan pembacaan , hasilkan 2 atau 3 rangkap dan jarakkan 1 atau 2 baris bagi setiap perenggan .
Diharap perkongsian ini dapat membantu rakan - rakan TTTE semua


Post a Comment