Ada yang mesej kepada saya bertanyakan sama ada saya masih lagi aktif mempromosikan Tune Talk Tone Excel dan beliau nak tengok dahulu hasilnya daripada promosi saya.
Apa yang boleh saya katakan di sini ialah:
1. orang yang berjaya tidak akan tunggu dan lihat. Mereka pandai menilai peluang dan terus ambil tindakan dengan pantas. Nasihat saya, buat kaji selidik sendiri dahulu untuk yakinkan diri dan jangan biar orang lain meyakinkan anda.
2. hasil daripada saya tak bermakna ianya juga akan memberikan hasil yang sama kepada anda. Mungkin anda akan dapat lebih banyak hasil berbanding saya.
3. anda pun pakai handphone, kan? Sampai bila anda nak terus keluarkan duit menggunakan telefon bila TTTE boleh berikan pendapatan sekiranya anda guna dan promosi program ini kepada orang lain. So, jawapannya mudah... "buat aje" (dah tak sempat saya nak ajak).
Menjawab kepada persoalan kenapa ramai yang tak nampak saya promosi TTTE di FB atau mailing list saya, ini adalah kerana saya ada masalah keluarga bulan lepas di samping akaun FB saya ini tak dapat diakses dan hampir sebulan saya tak buat apa-apa untuk mempromosikan TTTE atau pun menjalankan bisnes saya.
Namun pada bulan yang saya tak buat kerja itu juga, pendapatan TTTE saya meningkan lebih 3 kali ganda.
Jadi, nasihat saya... "buat aje" dan saya pasti sekiranya anda lakukan sesuatu sepenuh hati dan sepenuh usaha anda, hasilnya akan datang juga kerana DIA adalah MAHA PEMURAH!
Zamri Nanyan


Post a Comment