Home » » Tips Mengekalkan Kesejahteraan & Keharmonian Dalam Mempromosi

Tips Mengekalkan Kesejahteraan & Keharmonian Dalam Mempromosi

Written By Unknown on Friday, 24 January 2014 | 04:45



Tune Talk Tone Excel adalah biz terhebat yang sangat unik. Boleh "blend" (serap) dalam mana-mana jenis perniagaan, pekerjaan dan juga hobi. Cara ahli-ahlinya berkongsi idea dan pendapat juga sehebat OS LINUX yang mengamalkan konsep "OPEN SOURCE".

Namun bagaimana caranya untuk kita terus kekalkan konsep yang sangat unik dan hebat ini berbanding biz biz yang lain? Jika rakan-rakan bersependapat dengan saya yang baru nak belajar berniaga ni, amalkanlah tips yang saya senaraikan di bawah.

1. Jika kita lihat intro {COPY PASTE DI WALL ANDA]~ ini lesen GPL(general public license) yang memberi kita lampu hijau untuk copy & paste. Jangan lupa ucapkan terima kasih.

2. Jika kita lihat ada posting yang menarik dikalangan ahli-ahli.~ support rakan-rakan kita walaupun sekadar klik like.

3. Jika kita tiada idea dan minat dengan ayat posting rakan-rakan lain.~ support dengan klik like & mohon kebenaran untuk share atau copy. Ucapkan terima kasih.

4. Jika kita lihat ayat kita berada di wall rakan lain.~ support dengan klik like kerana mereka berminat dengan ayat promosi kita.

Itu beberapa tips mengekalkan keharmonian di samping mendapat keberkatan dalam apa jua pekerjaan yang sedang kita lakukan. Bayangkan betapa perit jerih rakan-rakan yang memerah kepala otak masing-masing serta berkerut dahi memikir ayat-ayat & teknik-teknik mempromosi tiba-tiba kita pula mendapat habuan & rakan tadi tersentuh hati. Adakah pernah kita terfikir rezeki yang berpanjangan itu akan mendapat berkat dan halal? Hati-hati...

Saya di antara pengamal tips di atas dan saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang telah sudi berkongsi idea mereka dengan saya selama saya bergiat dalam biz yang unik ini.

Sekiranya saya terlupa, tegur & ingatkan saya.. maklum lah dah tua ni.. nyanyuk sket.. Teruskan tugas anda "PROMOSI & TERUS MEMPROMOSI TANPA HENTI"

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI SIMKAD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger